Hari-hari tertentu untuk potong kuku

TEKS BAHASA ARAB

قص الأظافر. لم يثبت في كيفيته ولا تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Hadis berkaitan) Potong kuku-kuku. Tidak sabit satu pun (hadis) pada kaifiyatnya dan tidak juga pada penentuan hari untuknya daripada Nabi SAW.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 130, hadis nombor 215. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: وما يعزى من النظم لعلي بن أبي طالب ولشيخنا فباطل عنهما.

Al-Sakhawi berkata: Dan apa yang disandarkan dari nazam milik ‘Ali bin Abi Talib dan milik syeikh kami maka ia adalah batil daripada kedua mereka.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs