Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَاشُورَاء عيد نبي كان قَبْلَكُم، فَصُومُوا أنتم.
Teks Bahasa Melayu
Hari Asyura ini merupakan hari perayaan Nabi sebelum kalian maka berpuasalah pada hari tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis no. 5765. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: عاشوراء عيد نبي كان قبلكم، فصوموا أنتم. [فر، الضعيفة (3851)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW telah bersabda: "Hari Asyura ini merupakan hari perayaan Nabi sebelum kalian maka berpuasalah pada hari tersebut." [Riwayat al-Daylamī dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3851]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman