Hari Arafah merupakan hari imam memberi pengenalan

TEKS BAHASA ARAB

عرفة يوم يعرف الإمام، والأضحى يوم يضحي الإمام، والفطر يوم يفطر الإمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hari Arafah merupakan hari imam memberi pengenalan. Manakala Aidiladha merupakan hari imam melakukan korban dan Aidilfitri pula merupakan hari imam berbuka puasa.

STATUS

Munkar dengan sebutan "imam"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 438-439, hadis nombor 2351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر «الإمام») عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «عرفة يوم يعرف الإمام، والأضحى يوم يضحي الإمام، والفطر يوم يفطر الإمام». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، هق، «الضعيفة» (6554)].

(Munkar Dengan Sebutan "imam") Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Hari Arafah merupakan hari imam memberi pengenalan. Manakala Aidiladha merupakan hari imam melakukan korban dan Aidilfitri pula merupakan hari imam berbuka puasa.” [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān dan al-Bayhaqī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6554].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.