Munkar dengan sebutan "imam"
4 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عرفةُ يومَ يُعرِّفُ الإمامُ، والأضحى يومَ يضحي الإمام، والفِطرُ يومَ يفطر الإمام.
Teks Bahasa Melayu
Hari Arafah merupakan hari imam memberi pengenalan. Manakala Aidiladha merupakan hari imam melakukan korban dan Aidilfitri pula merupakan hari imam berbuka puasa.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan sebutan "imam"
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 438-439, hadis no. 2351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر «الإمام») عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «عرفة يوم يعرف الإمام، والأضحى يوم يضحي الإمام، والفطر يوم يفطر الإمام». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، هق، «الضعيفة» (6554)].
(Munkar Dengan Sebutan "imam") Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Hari Arafah merupakan hari imam memberi pengenalan. Manakala Aidiladha merupakan hari imam melakukan korban dan Aidilfitri pula merupakan hari imam berbuka puasa.” [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān dan al-Bayhaqī dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6554].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman