Hari Arafah adalah hari dimana diperkenalkan Imam

TEKS BAHASA ARAB

عرفة يوم يعرّف الإمام والأضحى يوم يضحّي الإمام والفطر يوم يفطرالإمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hari Arafah adalah hari dimana diperkenalkan Imam, hari raya Aidiladha pula hari Imam melakukan sembelihan dan hari raya Aidilfitri pula adalah dimana Imam tidak berpuasa pada hari tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis nombor 5883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر الإمام) عن عائشة رضي الله عنها قالتْ: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم- عرفة يوم يعرّف الإمام، والأضحى يوم يضحّي الإمام، والفطر يوم يفطر الإمام. [أبو نعيم في أخبار أصبهان، هق، الضعيفة (6554)]

(Munkar dengan lafaz al-Imam) Daripada Aisyah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hari Arafah adalah hari dimana diperkenalkan Imam, hari raya Aidiladha pula hari Imam melakukan sembelihan dan hari raya Aidilfitri pula adalah dimana Imam tidak berpuasa pada hari tersebut. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6554]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs