Harga syurga adalah ucapan tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ثمن الجنة لا إله إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Harga syurga adalah ucapan tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1456, hadis nombor 7405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المنذر، قال: قال رسول الله ﷺ: ((ثمن الجنة لا إله إلا الله)) . [المحاملي في ((الأمالي))، الطامذي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3457)]

(Lemah)
Daripada al-Munzir, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Harga syurga adalah ucapan tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah.
[Riwayat al-Mahamili dalam al-Amali, al-Tamizi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3457]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.