Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثمنُ الجنةِ لا إله إلا اللّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Harga sebuah syurga adalah Lailahaillallah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 664, hadis no. 3424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن المنذر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ثمن الجنة لا إله إلا الله)). [المحاملي في ((الأمالي))، أبو محمد الطامزي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3457)]
(Lemah) Daripada al-Munzir dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Harga sebuah syurga adalah Lailahaillallah.” [Riwayat al-Muhamili dalam al-Amali, Abu Muhammad al-Tamizi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3457]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman