Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hanya sanya orang yang mengada-adakan pendustaan adalah orang yang tidak beriman

Teks Bahasa Arab

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبُ مِنْ لَا يُؤَمِّنُ، إِنَّ الْعَبْدَ يَزُلِ الزَّلَّةُ، ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى رَبِّهِ فَيَتُوبُ، فَيَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Hanya sanya orang yang mengada-adakan pendustaan adalah orang yang tidak beriman. Sesungguhnya seorang hamba itu (ketika) dia tergelincir dengan satu gelinciran (dosa), kemudian dia kembali kepada Allah lalu bertaubat, maka Allah akan memberinya taubat.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 519, hadis no. 2756.

(موضوع) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه -، قال: يا رسول الله هل يسرق المؤمن؟ قال: «قد يكون ذلك». قال: هل يزني المؤمن؟ قال: بلى، وإن کره أبو الدرداء»، قال: هل يكذب المؤمن؟ قال: «إنما يفتري الكذب من لا يؤمن، إن العبد يزل الزلة، ثم يرجع إلى ربه فيتوب، فيتوب الله عليه». [ابن جرير في «تهذيب الآثار»، «الضعيفة» (5521)].

(Palsu) Daripada Abu al-Darda' RA, beliau berlata: "Wahai Rasulullah, adakah seseorang yang beriman itu mencuri?". Baginda menjawab: "Kemungkinan ia boleh berlaku". Beliau bertanya: "Adakah seseorang yang beriman itu berzina?". Baginda menjawab: "Ya, sekalipun Abu al-Darda' benci''. Beliau bertanya: "Adakah seseorang yang beriman itu berdusta?". Baginda menjawab: "Hanya sanya orang yang mengada-adakan pendustaan adalah orang yang tidak beriman. Sesungguhnya seorang hamba itu (ketika) dia tergelincir dengan satu gelinciran (dosa), kemudian dia kembali kepada Allah lalu bertaubat, maka Allah akan memberinya taubat". [Riwayat Ibnu Jarir dalam Tahdzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5521].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.