Hanya sanya mereka yang sebelum kalian telah hancur kerana mereka mengagungkan raja-raja mereka

TEKS BAHASA ARAB

إنما هلك من كان قبلكم بأنهم عظموا ملوكهم؛ بأن قاموا وقعدوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hanya sanya mereka yang sebelum kalian telah hancur kerana mereka mengagungkan raja-raja mereka; iaitu mereka berdiri dan duduk (untuk menghormati raja).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 519, hadis nombor 2755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إنما هلك من كان قبلكم بأنهم عظموا ملوكهم؛ بأن قاموا وقعدوا». [طس، عد، «الضعيفة» (5750)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Hanya sanya mereka yang sebelum kalian telah hancur kerana mereka mengagungkan raja-raja mereka; iaitu mereka berdiri dan duduk (untuk menghormati raja)". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Ibnu 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5750].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs