Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والذي نفسي بيدِه ! إنَّهُ لمكتوبٌ عند اللهِ في السماءِ السابعةِ حمزةُ بنُ عبدِ المطلبِ أسدُ اللهِ ، وأسدُ رسولِه.
Teks Bahasa Melayu
Demi yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya telah tertulis di sisi Allah di langit ketujuh bahawa Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib singa Allah, dan singa Rasul-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Lubabah al-Ashhali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 554, hadis no. 2885.
(منكر) عن أبي لبيبة الأشهلي – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((والذي نفسي بيده! إنه لمكتوب عند الله في السماء السابعة حمزة بن عبد المطلب أسد الله، وأسد رسوله)). [طب، ك، ((الضعيفة)) (6355)]
(Munkar) Daripada Abu Lubabah al-Ashhali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Demi yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya telah tertulis di sisi Allah di langit ketujuh bahawa Hamzah bin ‘Abd al-Muttalib singa Allah, dan singa Rasul-Nya.” [Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dan al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6355]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman