Hampir sahaja ilmu diangkat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يوشك العلم أن يرفع (يرددها ثلاثا) .قال زياد بن لبيد: بأبي أنت وأمي كيف يرفع العلم منا وهذا كتاب الله بين أظهرنا قد قرأناه، ويقرؤه أبناؤنا. ويقرئونه أبناءهم؟! فقال: ثكلتك أمك يا زياد بن لبيد! إن كنت لأعدك من فقهاء أهل المدينة، أوليس هؤلاء اليهود والنصارى عندهم التوراة والإنجيل، فماذا أغنى عنهم؟ إن الله ليس يذهب بالعلم يرفع، ولكن يذهب بحملته. قال: ما قبض الله عالما من هذه الأمة، إلا كان ثغرة في الإسلام لا تسد بمثله إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir sahaja ilmu diangkat (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali). Ziyad Bin Labid berkata: Demi kamu, aku sanggup korbankan ibu dan ayah aku. Bagimana ilmu diangkat daripada kami sedangkan Kitabullah berada di samping kami. Kami membacanya dan dibaca juga oleh anak-anak kamu. Dan mereka juga membacakannya kepada anak-anak mereka. Nabi SAW bersabda: Malangnya ibu kamu mempunyai kamu wahai Ziyad Bin Labid. Aku menganggap kamu ini adalah antara orang yang faqih dalam kalangan penduduk Madinah. Bukankah orang Yahudi dan Nasrani masing-masing mempunyai Taurat dan Injil. Apakah yang menyelamatkan mereka? Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan diangkat akan tetapi Allah mematikan orang yang membawa ilmu. Baginda bersabda: Tidaklah Allah mengambil nyawa orang yang berilmu dalam kalangan umat ini melainkan akan ada lompong dalam Islam yang tidak dapat ditampung oleh sesiapa sehingga hari kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1946, hadis nombor 9749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي شجرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: يَوْشِكُ العلمُ أن يُرْفَعَ (يُرَدِّدُها ثلاثاً) .قَالَ زِيَادُ بْنُ لَبِيدٍ: بأبي أنت وأُمِّي كيف يُرْفَعُ العلمُ مِنَّا وهذا كتابُ اللهِ بين أظهُرِنا قد قرأناه، ويَقرَؤه أبناؤنا. ويُقْرِئُونه أبناءَهم؟! فَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا زِيَادُ بنَ لَبِيدٍ! إِنْ كُنْتُ لَأَعُدُّكَ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ، أَوَلَيس هؤلاء الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى عندهم التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ، فماذا أغنى عنهم؟ إن اللهَ ليس يَذْهَبُ بِالْعِلْم يُرْفع، وَلَكن يَذْهَبُ بِحَمَلَتِه. قال: ما قَبَضَ اللهُ عَالِماً من هَذِه الْأَمَةِ، إلَا كَان ثُغْرَة في الإسلَام لَا تُسَدُّ بِمِثْلِه إلى يَوِمِ الْقِيَامَةِ.
[ابن عساكر، البزار، ((الضعيفة)) (6416)]

(Terlalu Lemah)
Daripada Abu Syajarah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hampir sahaja ilmu diangkat (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali). Ziyad Bin Labid berkata: Demi kamu, aku sanggup korbankan ibu dan ayah aku. Bagimana ilmu diangkat daripada kami sedangkan Kitabullah berada di samping kami. Kami membacanya dan dibaca juga oleh anak-anak kamu. Dan mereka juga membacakannya kepada anak-anak mereka. Nabi SAW bersabda: Malangnya ibu kamu mempunyai kamu wahai Ziyad Bin Labid. Aku menganggap kamu ini adalah antara orang yang faqih dalam kalangan penduduk Madinah. Bukankah orang Yahudi dan Nasrani masing-masing mempunyai Taurat dan Injil. Apakah yang menyelamatkan mereka? Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan diangkat akan tetapi Allah mematikan orang yang membawa ilmu. Baginda bersabda: Tidaklah Allah mengambil nyawa orang yang berilmu dalam kalangan umat ini melainkan akan ada lompong dalam Islam yang tidak dapat ditampung oleh sesiapa sehingga hari kiamat.
[Riwayat Ibn Asakir dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6416]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.