Daif

30/06/2024

minit bacaan



Hampir-hampir seorang yang bersifat lemah-lembut itu dilantik menjadi seorang Nabi

Teks Bahasa Arab

كادَ الحَلِيمُ أنْ يَكُونَ نَبِياً.

Teks Bahasa Melayu

Hampir-hampir seorang yang bersifat lemah-lembut itu dilantik menjadi seorang Nabi (disebabkan kemuliaan sifatnya).

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كاد الحليم أن يكون نبياً)). [خط، ((الضعيفة)) (4079)].

(Daif) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hampir hampir seorang yang bersifat lemah lembut itu menjadi seorang Nabi. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat al-Silsilah al-Da'ifah, no. 4079].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.