Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan zina dan pakaian sutera

TEKS BAHASA ARAB

أوشك أن تستحل أمتي فروج النساء والحرير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan faraj-faraj wanita (zina) dan pakaian sutera (bagi lelaki).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1391, hadis nombor 7060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: أوشك أن تستحل أمتي فروج النساء والحرير.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7132)]

(Lemah)
Daripada ‘Ali Ra, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan faraj-faraj wanita (zina) dan pakaian sutera (bagi lelaki).
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7132]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.