TEKS BAHASA ARAB
أوشك أن تستحل أمتي فروج النساء، والحرير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan faraj-faraj wanita (zina) dan pakaian sutera (bagi lelaki).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1645, hadis nombor 8318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم : ((أوشك أن تستحل أمتي فروج النساء، والحرير)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7132)].
(Lemah)
Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan faraj-faraj wanita (zina) dan pakaian sutera (bagi lelaki))).
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7132].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.