Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَوْشَكَ أَنْ تَسْتَحِلَّ أُمَّتِي فُرُوجَ النِّسَاءِ وَالْحَرِيرَ.
Teks Bahasa Melayu
Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan faraj-faraj wanita (zina) dan pakaian sutera (bagi lelaki).
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1645, hadis no. 8318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم : ((أوشك أن تستحل أمتي فروج النساء، والحرير)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7132)].
(Lemah) Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Hampir-hampir sahaja umatku menghalalkan faraj-faraj wanita (zina) dan pakaian sutera (bagi lelaki))). [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7132].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman