Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يوشكُ أن يظهرَ الجهلُ ويخزنَ العلمُ ويتواصلَ الناسُ بألسنتِهمُ ويتباعدونَ بقلوبهمُ فإذا فعلوا ذلكَ طبعَ اللهُ على قلوبهمُ وسمعِهمُ وأبصارِهمُ.
Teks Bahasa Melayu
Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu. Manusia saling berhubungan dengan lidah-lidah mereka, sedangkan jantung hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka Allah SWT akan mengunci jantung hati mereka, pendengaran serta penglihatan mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 120, hadis no. 618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: يوشك أن يظهر الجهل، ويخزن العلم ويتواصل الناس بألسنتهم ويتباعدون بقلوبهم فإذا فعلوا ذلك طبع الله على قلوبهم وسمعهم وأبصارهم. [أبو يعلى في المعجم، الضعيفة (5528)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu. Manusia saling berhubungan dengan lidah-lidah mereka, sedangkan jantung hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka Allah SWT akan mengunci jantung hati mereka, pendengaran serta penglihatan mereka. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5528]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman