Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hampir-hampir kefakiran menjadi kekufuran

Teks Bahasa Arab

كاد الفقرُ أن يكون كُفْرًا، وكاد الحسدُ أن يَسْبِقَ القَدَرَ.

Teks Bahasa Melayu

Hampir-hampir kefakiran menjadi kekufuran, dan hampir-hampir hasad dengki mendahului qadar (takdir).

Sahabat Perawi

  1. Al-Hasan RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1847, hadis no. 9319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن أو أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كاد الفقر أن يكون كفرا، وكاد الحسد أن يسبق القدر)). [حل، ابن السكن في ((مصفنه))، هب، عد، ((الضعيفة)) (٤٠٨٠)]

(Lemah) Daripada al-Hasan atau Anas RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hampir-hampir kefakiran menjadi kekufuran, dan hampir-hampir hasad dengki mendahului qadar (takdir). [Riwayat Abū Nu‘aym dalam kitab al-Ḥilyah, Ibn al-Sakan dalam Muṣannafnya, al-Bayhaqī dalam kitab Shu‘ab al-Īmān, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4080]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.