Hampir-hampir kefakiran itu menjadi (sebab) kekufuran dan hampir-hampir hasad itu mendahului takdir

TEKS BAHASA ARAB

كاد الفقر أن يكون كفراً، وكاد الحسد أن يسبق القدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir-hampir kefakiran itu menjadi (sebab) kekufuran dan hampir-hampir hasad itu mendahului takdir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis nombor 369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن أو أنس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((كاد الفقر أن يكون كفراً، وكاد الحسد أن يسبق القدر)). [حل، ابن السكن في ((مصنفه))، هب، عد، ((الضعيفة)) (4080)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan RA atau Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hampir-hampir kefakiran itu menjadi (sebab) kekufuran dan hampir-hampir hasad itu mendahului takdir.))
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah, Ibn al-Sakan dalam Musannaf beliau, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4080]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs