Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كادَ الفَقرُ أنْ يَكُونَ كُفْرًا، وكَادَ الحَسَدُ أَنْ يَسْبقَ القَدَرُ.
Teks Bahasa Melayu
Hampir-hampir kefakiran itu menjadi (sebab) kekufuran dan hampir-hampir hasad itu mendahului takdir.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن أو أنس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((كاد الفقر أن يكون كفراً، وكاد الحسد أن يسبق القدر)). [حل، ابن السكن في ((مصنفه))، هب، عد، ((الضعيفة)) (4080)].
(Daif) Daripada al-Hasan atau Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kekufuran dan hampir-hampir hasad itu mendahului takdir. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah, Ibn al-Sakan dalam Musannaf beliau, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat al-Silsilah al-Da'ifah, no. 4080].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman