TEKS BAHASA ARAB
افرشوا لي قطيفتي في لحدي، فإن الأرض لم تسلط على أجساد الأنبياء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hamparkanlah kainku untukku di dalam liang lahadku. Ini kerana sesungguhnya bumi tidak dapat menguasai jasad para nabi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1725, hadis nombor 8677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((افرشوا لي قطيفتي في لحدي، فإن الأرض لم تسلط على أجساد الأنبياء.)) [ابن سعد، ((الضعيفة)) (1647)].
(Lemah)
Daripada al-Hasan, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Hamparkanlah kainku untukku di dalam liang lahadku. Ini kerana sesungguhnya bumi tidak dapat menguasai jasad para nabi.))
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1647].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.