Hamba yang sudah dijanjikan kebebasan selepas tuannya mati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المدبر لا يباع ولا ‌يوهب، وهو حر من الثلث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hamba yang sudah dijanjikan kebebasan selepas tuannya mati tidak boleh dijual mahupun diberikan (kepada orang lain) dan dia juga merdeka daripada (menjadi) satu pertiga (harta wasiat).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591 – 592, hadis nombor 3043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((المدبر لا يباع ولا ‌يوهب، وهو حر من الثلث)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (164)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Hamba yang sudah dijanjikan kebebasan selepas tuannya mati tidak boleh dijual mahupun diberikan (kepada orang lain) dan dia juga merdeka daripada (menjadi) satu pertiga (harta wasiat). [Diriwayatkan oleh al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 500]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.