Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
المُدَبَّرُ لا يُباعُ ولا يُوهَبُ، وهو حُرٌ من الثُلُثِ.
Teks Bahasa Melayu
Hamba yang sudah dijanjikan kebebasan selepas tuannya mati tidak boleh dijual mahupun diberikan (kepada orang lain) dan dia juga merdeka daripada (menjadi) satu pertiga (harta wasiat).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 591 - 592, hadis no. 3043.
(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((المدبر لا يباع ولا يوهب، وهو حر من الثلث)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (164)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Hamba yang sudah dijanjikan kebebasan selepas tuannya mati tidak boleh dijual mahupun diberikan (kepada orang lain) dan dia juga merdeka daripada (menjadi) satu pertiga (harta wasiat). [Diriwayatkan oleh al-Daraqutni dalam Sunannya dan al-baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 500]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman