Hamba yang paling disukai oleh Allah adalah orang bertakwa yang menyembunyikan amalan mereka

TEKS BAHASA ARAB

أحب العباد إلى الله تعالى الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإن شهدوا لم يعرفوا، أولئك هم أئمة الهدى، ومصابيح العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hamba yang paling disukai oleh Allah adalah orang-orang yang bertakwa yang menyembunyikan amalan mereka. Iaitu mereka yang apabila hilang tidak dirasai ketiadaan mereka, sekiranya mereka dilihat tidak ada yang mengenali mereka. Mereka itulah para imam yang mendapat petunjuk serta mereka adalah lampu-lampu yang menyuluh ilmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis nombor 69. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمر بن الخطاب – رضي الله عنهما -، قال: مرّعمر بمعاذ بن جبل – رضي الله عنهما-، وهو يبكي، فقال: ما يبكيك يا معاذ؟ فقال: سمعت – رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((أحب العباد إلى الله تعالى الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإن شهدوا لم يعرفوا، أولئك هم أئمة الهدى، ومصابيح العلم)).
[حل، ((الضعيفة)) (1850)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab RA, beliau berkata: Umar melewati Muaz bin Jabal RA dalam keadaan beliau menangis. Lalu Umar bertanya: Apa yang menyebabkan kamu menangis wahai Muaz? Beliau menjawab: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Hamba yang paling disukai oleh Allah adalah golongan bertakwa yang menyembunyikan amalan mereka. Iaitu mereka yang apabila hilang tidak dirasai ketiadaan mereka, sekiranya mereka dilihat tidak ada yang mengenali mereka. Mereka itulah para imam yang mendapat petunjuk serta mereka adalah lampu-lampu yang menyuluh ilmu.”
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1850]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs