Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hamba yang paling dibenci oleh Allah adalah seseorang yang pakaiannya

Teks Bahasa Arab

أبْغضُ العِبادِ إِلَى الله مَنْ كانَ ثَوْباهُ خَيْراً مِنْ عَمَلِهِ أنْ تَكُونَ ثِيَابُهُ ثِيَابَ الأنْبِياءِ وعَمَلُهُ عَمَلَ الجَبَّارِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Hamba yang paling dibenci oleh Allah adalah seseorang yang pakaiannya lebih baik berbanding amalannya, iaitu pakaiannya seperti pakaian para nabi tapi amalannya adalah amalan golongan sombong.

Sahabat Perawi

  1. 'Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 6, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi telah menilai palsu hadith tersebut. Penulis (al-Suyuti) juga bersetuju dengan mereka berdua terhadap penilaian tersebut.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.