Hamba-hamba kalian ialah saudara-saudara kalian

TEKS BAHASA ARAB

أرقاؤكم إخوانكم، فأحسنوا إليهم، استعينوهم على ما غلبكم، وأعينوهم على ما غلبوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hamba-hamba kalian ialah saudara-saudara kalian, maka berbuat baiklah kepada mereka. Mintalah bantuan mereka pada apa yang menewaskan kalian, dan bantulah mereka pada apa yang menewaskan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1981, hadis nombor 9912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((أرقاؤكم إخوانكم، فأحسنوا إليهم، استعينوهم على ما غلبكم، وأعينوهم على ما غلبوا)).
[خد، ((الضعيفة)) (1641)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hamba-hamba kalian ialah saudara-saudara kalian, maka berbuat baiklah kepada mereka. Mintalah bantuan mereka pada apa yang menewaskan kalian, dan bantulah mereka pada apa yang menewaskan mereka.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1641]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs