Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَرِقَّاؤُكم إخوانُكم، فأَحْسِنُوا إليهم، استعينوهم على ما غَلَبكم، وأَعِينوهم على ما غُلِبوا.
Teks Bahasa Melayu
Hamba-hamba kalian ialah saudara-saudara kalian, maka berbuat baiklah kepada mereka. Mintalah bantuan mereka pada apa yang menewaskan kalian, dan bantulah mereka pada apa yang menewaskan mereka.
Sahabat Perawi
- Seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1981, hadis no. 9912. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((أرقاؤكم إخوانكم، فأحسنوا إليهم، استعينوهم على ما غلبكم، وأعينوهم على ما غلبوا)). [خد، ((الضعيفة)) (1641)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hamba-hamba kalian ialah saudara-saudara kalian, maka berbuat baiklah kepada mereka. Mintalah bantuan mereka pada apa yang menewaskan kalian, dan bantulah mereka pada apa yang menewaskan mereka. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1641]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman