Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من جَحَد آيةً من القرآنِ فقد حَلَّ ضَرْبُ عُنُقِهِ، ومن قال: لا إله إلا اللهُ وحده لا شريكَ له، وأن مُحَمَّدًا عبدُهُ ورسولُهُ، فلا سبيلَ لأحدٍ عليه، إلا أن يُصِيبَ حَدًّا، فيُقامَ عليه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menolak (mengingkari) satu ayat al-Qur'an, maka halal untuk memenggal lehernya dan sesiapa yang mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dialah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya; maka tidak seorang pun yang boleh mengambil tindakan terhadapnya, melainkan dia melakukan perkara yang mewajibkan hudud, maka dilaksanakan ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419, hadis no. 7207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من جحد آية من القرآن فقد حل ضرب عنقه، ومن قال: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، فلا سبيل لأحد عليه، إلا أن يصيب حدا، فيقام عليه. [هـ، عد، الهروي في ((ذم الكلام))، ((الضعيفة)) (1416)]
(Munkar) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menolak (mengingkari) satu ayat al-Qur'an, maka halal untuk memenggal lehernya dan sesiapa yang mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Dialah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya; maka tidak seorang pun yang boleh mengambil tindakan terhadapnya, melainkan dia melakukan perkara yang mewajibkan hudud, maka dilaksanakan ke atasnya. [Riwayat Ibn Majah, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan al-Harawi dalam Zam al-Kalam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1416]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman