Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَحِلُّ الصَّدَقَةُ من ثلاثٍ: مِنَ الإِمَامِ الجَامِعِ، وَمِنْ ذِي الرَحْمِ لِرَحِمِهِ، ومِنَ التَاجِرِ المُكْنِزِ.
Teks Bahasa Melayu
Halal (dibolehkan) menerima sedekah daripada tiga golongan, iaitu: Imam jemaah, ahli keluarga, dan ahli perniagaan yang kaya.
Sahabat Perawi
- Thawban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis no. 567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ثوبان - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: تحل الصدقة من ثلاث: من الإمام الجامع، ومن ذي الرحم لرحمه، ومن التاجر المكنز. [هب، ((الضعيفة)) (5805)]
(Terlalu Daif) Daripada Thawban RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Halal (dibolehkan) menerima sedekah daripada tiga golongan, iaitu: Imam jemaah, ahli keluarga, dan ahli perniagaan yang kaya. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5805]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman