Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُحفةُ الملائكةِ تَجْميرُ المساجدِ.
Teks Bahasa Melayu
(Hal yang membuatkan) para malaikat gembira adalah dengan menghiasi (mewangikan) masjid-masjid.
Sahabat Perawi
- Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 275, hadis no. 1427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((تحفة الملائكة تجمير المساجد)). [فر، ((الضعيفة)) (3393)]
(Daif) Daripada Samurah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): (Hal yang membuatkan) para malaikat gembira adalah dengan menghiasi (mewangikan) masjid-masjid. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3393]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman