Hakimi antara mereka, sesungguhnya Allah SWT akan bersama dengan seorang hakim

TEKS BAHASA ARAB

اقض بينهم، فإن الله تبارك وتعالى مع القاضي ما لم يحف عمدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hakimi antara mereka, sesungguhnya Allah SWT akan bersama dengan seorang hakim selagi mana dia tidak menindas secara sengaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 832, hadis nombor 4272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معقل بن يسار المزني -رضي الله عنه-، قال: أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أقضي بين قومي فقلت: ما أحسن القضاء، قال: ((افصل بينهم)). فقلت: ما أحسن الفصل. فقال: ((اقض بينهم، فإن الله تبارك وتعالى مع القاضي ما لم يحف عمدا)).
[ك، حم، ((الضعيفة)) (2866)]

(Palsu) Daripada Ma’qil bin Yasār al-Muzanī RA berkata: Rasulullah SAW menyuruh aku menghakimi kaumku lalu aku berkata: Aku tidak pandai menghakimi. Baginda bersabda: Pisahkan antara mereka. Lalu aku berkata: Aku tidak pandai memisahkan antara mereka. Baginda bersabda: Hakimi antara mereka, sesungguhnya Allah SWT akan bersama dengan seorang hakim selagi mana dia tidak menindas secara sengaja.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Musnad Ahmad bin Hambal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2866]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs