Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اقْضِ بَيْنَهم، فإنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مع القاضي ما لَمْ يَحِفْ عَمْدًا.
Teks Bahasa Melayu
Hakimi antara mereka, sesungguhnya Allah SWT akan bersama dengan seorang hakim selagi mana dia tidak menindas secara sengaja.
Sahabat Perawi
- Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 832, hadis no. 4272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معقل بن يسار المزني -رضي الله عنه-، قال: أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أقضي بين قومي فقلت: ما أحسن القضاء، قال: ((افصل بينهم)). فقلت: ما أحسن الفصل. فقال: ((اقض بينهم، فإن الله تبارك وتعالى مع القاضي ما لم يحف عمدا)). [ك، حم، ((الضعيفة)) (2866)]
(Palsu) Daripada Ma’qil bin Yasār al-Muzanī RA berkata: Rasulullah SAW menyuruh aku menghakimi kaumku lalu aku berkata: Aku tidak pandai menghakimi. Baginda bersabda: Pisahkan antara mereka. Lalu aku berkata: Aku tidak pandai memisahkan antara mereka. Baginda bersabda: Hakimi antara mereka, sesungguhnya Allah SWT akan bersama dengan seorang hakim selagi mana dia tidak menindas secara sengaja. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Musnad Ahmad bin Hambal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2866]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman