TEKS BAHASA ARAB
الضيافة على أهل الوبر، وليست على أهل المدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hak tetamu adalah kepada orang badwi, bukan kepada orang bukan badwi (yakni: penduduk bandar).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis nombor 4406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الضيافة على أهل الوبر، وليست على أهل المدر)). [عد، القضاعي، ((الضعيفة)) (791)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Hak tetamu adalah kepada orang badwi, bukan kepada orang bukan badwi (yakni: penduduk bandar).”
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Qudha’i dalam Musnad al-Syihab. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 791].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.