Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hak tetamu adalah kepada orang badwi

Teks Bahasa Arab

الضِّيافةُ علَى أَهْلِ الوبَرِ، وليسَت علَى أَهْلِ المدَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Hak tetamu adalah kepada orang badwi, bukan kepada orang bukan badwi (yakni: penduduk bandar).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis no. 4406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الضيافة على أهل الوبر، وليست على أهل المدر)). [عد، القضاعي، ((الضعيفة)) (791)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Hak tetamu adalah kepada orang badwi, bukan kepada orang bukan badwi (yakni: penduduk bandar).” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Qudha'i dalam Musnad al-Syihab. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 791].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.