Hak seorang suami ke atas isterinya

TEKS BAHASA ARAB

حق الزوج على امرأته أن لا تمنعه نفسها وإن كانت على ظهر قتب، ولا تعطي شيئا إلا بإذنه، فإن فعلت ذلك كان له الأجر، وعليها الوزر، ولا تصوم تطوعا إلا بإذنه، فإن فعلت أثمت ولم تؤجر، وأن لا تخرج من بيته إلا بإذنه، فإن فعلت لعنتها الملائكة؛ ملائكة الغضب وملائكة الرحمة حتى تؤوب أو ترجع، قيل: وإن كان ظالما؟ قال: وإن كان ظالما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hak seorang suami ke atas isterinya adalah kau tidak menghalang dirinya walaupun dia menghendaki belakang bonggol, dan tidaklah dibenarkan untuk dia memberikan sesuatu kecuali dengan keizinan suaminya, sekiranya dia melakukannya maka baginya suatu ganjaran. Pada diri wanita juga ada bebanan. Tidaklah dibenarkan untuk dia berpuasa secara sukarela tanpa keizinan suaminya, sekiranya dia melakukannya maka dia telah berdosa dan tidak mendapat ganjaran. Dan tidaklah dibenarkan untuk dia keluar kecuali dengan keizinan suaminya, sekiranya dia melakukannya maka malaikat akan melaknatnya, iaitu malaikat ghadab (murka) dan malaikat rahmat sehinggalah wanita itu bertaubat atau kembali ke rumah”. Dikatakan: “Dan sekiranya dia dizalimi?." Rasulullah menjawab: “Walaupun dizalimi."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 938, hadis nombor 4826. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: أن امرأة أتته فقالت: ما حق الزوج على امرأته؟ قال: ((حق الزوج على امرأته أن لا تمنعه نفسها وإن كانت على ظهر قتب، ولا تعطي شيئا إلا بإذنه، فإن فعلت ذلك كان له الأجر، وعليها الوزر، ولا تصوم تطوعا إلا بإذنه، فإن فعلت أثمت ولم تؤجر، وأن لا تخرج من بيته إلا بإذنه، فإن فعلت لعنتها الملائكة؛ ملائكة الغضب وملائكة الرحمة حتى تؤوب أو ترجع، قيل: وإن كان ظالما؟ قال: وإن كان ظالما)).
[الطيالسي، هق، ((الضعيفة)) (3515)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW: Seorang wanita telah mendatangi Nabi SAW dan berkata: “Apakah hak seorang suami ke atas isterinya?”. Kemudian Rasulullah bersabda: “Hak seorang suami ke atas isterinya adalah kau tidak menghalang dirinya walaupun dia menghendaki belakang bonggol, dan tidaklah dibenarkan untuk dia memberikan sesuatu kecuali dengan keizinan suaminya, sekiranya dia melakukannya maka baginya suatu ganjaran. Pada diri wanita juga ada bebanan. Tidaklah dibenarkan untuk dia berpuasa secara sukarela tanpa keizinan suaminya, sekiranya dia melakukannya maka dia telah berdosa dan tidak mendapat ganjaran. Dan tidaklah dibenarkan untuk dia keluar kecuali dengan keizinan suaminya, sekiranya dia melakukannya maka malaikat akan melaknatnya, iaitu malaikat ghadab (murka) dan malaikat rahmat sehinggalah wanita itu bertaubat atau kembali ke rumah”. Dikatakan: “Dan sekiranya dia dizalimi?”. Rasulullah menjawab: “Walaupun dizalimi”.
[Riwayat al-Tayalisi, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3515].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs