Hak seorang saudara yang lebih berumur dari saudaranya yang lebih muda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حق ‌كبير الإخوة على صغيرهم، كحق الوالد على ولده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hak seorang saudara yang lebih berumur dari saudaranya yang lebih muda adalah seperti hak seorang ayah kepada anaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis nombor 3986. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ‌((حق ‌كبير الإخوة على صغيرهم، كحق الوالد على ولده)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1878)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Hak seorang saudara yang lebih berumur dari saudaranya yang lebih muda adalah seperti hak seorang ayah kepada anaknya. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1878]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.