Hak seorang anak ke atas ayahnya

TEKS BAHASA ARAB

حق الولد على الوالد أن يحسن اسمه ويحسن أدبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hak seorang anak ke atas ayahnya adalah supaya ayahnya memperelokkan namanya dan memperelokkan adabnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis nombor 4664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((حق الولد على الوالد أن يحسّن اسمه ويحسن أدبه)).
[السراج القاري في ((الفوائد))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (199)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hak seorang anak ke atas ayahnya adalah supaya ayahnya memperelokkan namanya dan memperelokkan adabnya.
[Riwayat al-Sarraj al-Qari dalam al-Fawaid, dan al-Dhiya al-Maqdisi dalam al-Muntaqa min Masmu’aatihi bi Marw. Lihat Silsilah Al-Da’ifah no. 199].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs