Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hak seorang anak ke atas ayahnya ialah untuk memperelokkan namanya

Teks Bahasa Arab

حقُّ الولدِ على الوالدِ: أن يُحْسِنَ اسمَه، ويُحْسِنَ موضعَه، ويُحْسِنَ أدبَه.

Teks Bahasa Melayu

Hak seorang anak ke atas ayahnya ialah untuk memperelokkan namanya, memperbaiki tempat tinggalnya dan memperelokkan adabnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 962, hadis no. 4962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها – عن النبي ﷺ قال: حق الولد على الوالد أن يحسن اسمه ويحسن موضعه ويحسن أدبه. [هب، الضعيفة (6147)].

(Sangat lemah) Daripada ‘Aishah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Hak seorang anak ke atas ayahnya ialah untuk memperelokkan namanya, memperbaiki tempat tinggalnya dan memperelokkan adabnya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6147].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.