Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَقُّ الوَلَدِ على الوالِدِ أن يُحْسِنَ اسْمَهُ ويُحْسِنَ أَدَبَه.
Teks Bahasa Melayu
Hak seorang anak ke atas ayahnya adalah supaya ayahnya memperelokkan namanya dan memperelokkan adabnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis no. 4664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: حق الولد على الوالد أن يحسّن اسمه ويحسن أدبه. [السراج القاري في الفوائد، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (199)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hak seorang anak ke atas ayahnya adalah supaya ayahnya memperelokkan namanya dan memperelokkan adabnya. [Riwayat al-Siraj al-Qari dalam al-Fawaid, dan al-Dhiya al-Maqdisi dalam al-Muntaqa min Masmu’aatihi bi Marw. Lihat Silsilah Al-Da'ifah no. 199].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman