Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حقُّ الجوارِ إلى أربعينَ دارًا ، وَهَكذا وَهَكذا وَهَكذا يمينًا وشمالًا وقدَّامَ وخلفَ.
Teks Bahasa Melayu
Hak jiran adalah sehingga kepada 40 buah rumah, begini, begini, dan begini. Ke arah kanan, kiri, hadapan, dan belakang.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 14, hadis no. 11. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((حق الجوار إلى أربعين دارا، وهكذا وهكذا وهكذا يمينا وشمالا، وقدام وخلف)). [((الضعيفة)) (276)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah R.A secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hak jiran adalah sehingga kepada 40 buah rumah, begini, begini, dan begini. Ke arah kanan, kiri, hadapan, dan belakang. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.276]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman