Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حِجِجٌ تَتْرَى، وعُمَرٌ نُسق؛ تنفيان الفقر والذنوب كما ينفي الكِيرُ خبثَ الحَديدِ.
Teks Bahasa Melayu
Haji yang berturutan bersama umrah, akan mengelakkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana alat tiup tukang besi menghilangkan kotoran besi.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis no. 3787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((حجج تترى، وعمر نسق؛ تنفيان الفقر والذنوب كما ينفي الكير خبث الحديد)). [فر، ((الضعيفة)) (3488)]
(Daif) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Haji yang berturutan bersama umrah, akan mengelakkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana alat tiup tukang besi menghilangkan kotoran besi. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3488]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman