Haji untuk yang telah mati ada 3

TEKS BAHASA ARAB

حجة للميت ثلاثة: حجة للمحجوج عنه وحجة للحاج ‌وحجة ‌للوصي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Haji untuk yang telah mati ada 3: Haji untuk orang yang dihajikan untuknya (orang yang telah mati), haji untuk orang yang melakukan haji serta haji untuk orang memegang wasiat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 734, hadis nombor 3747. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((حجة للميت ثلاثة: حجة للمحجوج عنه وحجة للحاج ‌وحجة ‌للوصي)). [قط، هق وأوله: ((كتبت له أربع حجج…))، ((الضعيفة)) (1979)]

(Lemah)
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Haji untuk yang telah mati ada 3: Haji untuk orang yang dihajikan untuknya (orang yang telah mati), haji untuk orang yang melakukan haji serta haji untuk orang memegang wasiat.
[Riwayat al-Daraqutni dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra yang awalnya: Ditulis baginya 4 haji. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1979]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs