Classification icon

Daif

30/06/2024

minit bacaan



Haji itu adalah jihad bagi setiap yang lemah

Teks Bahasa Arab

الحجُّ جهادُ كلِّ ضعيفٍ، وجهادُ المرأة حُسْنُ التبعُّلِ.

Teks Bahasa Melayu

Haji itu adalah jihad bagi setiap yang lemah, jihad bagi kaum wanita pula adalah melayani suami dengan baik.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 741, hadis no. 3791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنهما - مرفوعا بالشطر الأول، وعن علي بتمامه: ((الحج جهاد كل ضعيف، وجهاد المرأة حسن التبعل)). [هـ، حم، القضاعي، ((الضعيفة)) (3519)]

(Daif) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan perenggan pertama, daripada Ali RA secara lengkap: Haji itu adalah jihad bagi setiap yang lemah, jihad bagi kaum wanita pula adalah melayani suami dengan baik. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan al-Quda’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3519]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.