Haji dan umrah itu dua ibadat yang wajib (fardu)

TEKS BAHASA ARAB

الحج والعمرة فريضتان، لا يضرك بأيهما بدأت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Haji dan umrah itu dua ibadat yang wajib (fardu), tidaklah akan memudaratkan kamu dari mana pun kamu bermula.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 741, hadis nombor 3792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن ثابت – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحج والعمرة فريضتان، لا يضرك بأيهما بدأت)). [قط، ك، ابن الغطريف في ((جزء من حديثه))، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (3520)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Thabit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Haji dan umrah itu dua ibadat yang wajib (fardu), tidaklah akan memudaratkan kamu dari mana pun kamu bermula.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadraknya, Ibn al-Ghitrif dalam Juz min Hadisihi dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3520]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs