Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحجُّ والعمرةُ فريضتانِ، لا يضرُّك بأيهما بدأتَ.
Teks Bahasa Melayu
Haji dan umrah itu dua ibadat yang wajib (fardu), tidaklah akan memudaratkan kamu dari mana pun kamu bermula.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 741, hadis no. 3792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن ثابت - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحج والعمرة فريضتان، لا يضرك بأيهما بدأت)). [قط، ك، ابن الغطريف في ((جزء من حديثه))، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (3520)]
(Daif) Daripada Zaid bin Thabit RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Haji dan umrah itu dua ibadat yang wajib (fardu), tidaklah akan memudaratkan kamu dari mana pun kamu bermula. [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadraknya, Ibn al-Ghitrif dalam Juz min Hadisihi dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3520]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman