TEKS BAHASA ARAB
الحج جهاد، والعمرة تطوع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Haji itu adalah jihad, umrah itu pula adaalah ibadah sunat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis nombor 3697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه، مرفوعا: الحج جهاد، والعمرة تطوع.
[هـ، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (200)].
(Lemah)
Daripada Talhah bin Ubaidillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Haji itu adalah jihad, umrah itu pula adalah ibadah sunat.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan, Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 200].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.