Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحجُّ جهادٌ، والعمرةُ تطوعٌ.
Teks Bahasa Melayu
Haji itu adalah jihad, umrah itu pula adaalah ibadah sunat.
Sahabat Perawi
- Talhah bin Ubaidillah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 725, hadis no. 3697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه، مرفوعا: الحج جهاد، والعمرة تطوع. [هـ، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (200)].
(Daif) Daripada Talhah bin Ubaidillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Haji itu adalah jihad, umrah itu pula adalah ibadah sunat. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan, Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 200].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman