Haji adalah jihad bagi mereka yang tidak mampu, dan jihad bagi seorang wanita adalah memperbetulkan suaminya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحج جهاد كل ضعيف، وجهاد المرأة حسن التبعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Haji adalah jihad bagi mereka yang tidak mampu, dan jihad bagi seorang wanita adalah memperbetulkan suaminya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 938, hadis nombor 4828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة – رضي الله عنها- مرفوعا بالشطر الأول، وعن علي – رضي الله عنه – بتمامه: ((الحج جهاد كل ضعيف، وجهاد المرأة حسن التبعل)).
[هــ، حم، القضاعي، ((الضعيفة)) (3519)].

(Lemah)
Daripada Ummu Salmah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) separuh awal, daripada Ali RA secara penuh: Haji adalah jihad bagi mereka yang tidak mampu, dan jihad bagi seorang wanita adalah memperbetulkan suaminya.
[Riwayat Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3519].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.