Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحجُّ جهادُ كلِّ ضعيفٍ، وجهادُ المرأة حُسْنُ التبعُّلِ.
Teks Bahasa Melayu
Haji adalah jihad bagi mereka yang tidak mampu, dan jihad bagi seorang wanita adalah memperbetulkan suaminya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
- Ummu Salmah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 938, hadis no. 4828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنها- مرفوعا بالشطر الأول، وعن علي - رضي الله عنه - بتمامه: الحج جهاد كل ضعيف، وجهاد المرأة حسن التبعل. [هــ، حم، القضاعي، الضعيفة (3519)].
(Lemah) Daripada Ummu Salmah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) separuh awal, daripada Ali RA secara penuh: Haji adalah jihad bagi mereka yang tidak mampu, dan jihad bagi seorang wanita adalah memperbetulkan suaminya. [Riwayat Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3519].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman