TEKS BAHASA ARAB
الحجر الأسود يمين الله في الأرض يصافح بها عباده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hajar al-Aswad itu adalah tangan kanan Allah di bumi yang akan bersalam dengan hamba-hambaNya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 726, hadis nombor 3699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: الحجر الأسود يمين الله في الأرض يصافح بها عباده.
[ابن خلاد في ((الفوائد))، عد، ابن بشران، خط، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (223)].
(Munkar)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hajar al-Aswad itu adalah tangan kanan Allah di bumi yang akan bersalam dengan hamba-hambaNya.
[Riwayat Ibn Khallad dalam al-Fawa'id, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn Bushran, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 223].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.