Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحَجرُ الأسودُ نُزِلَ به مَلَكٌ مِنَ السَمَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Hajar al-Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit.
Sahabat Perawi
- Ubay bin Kaab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 738, hadis no. 3773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي بن كعب - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((الحجر الأسود نزل به ملك من السماء)). [الأزرقي في ((أخبار مكة))، ((الضعيفة)) (2684)]
(Palsu) Daripada Ubay bin Kaab RA bahawa Nabi SAW bersabda: Hajar al-Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit. [Riwayat al-Azraqi dalam Akhbar Mekah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2684]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman